Nostalgia lama

5705639997_d5d649e09e_b

Salam, masih segar bugar dlm ingtan aku apabila teringat balik masa budak2 dulu. Inilah aktiviti harian yg wajib aku buat bersama kawan2 aku lepas balik sekolah ataupun time cuti sekolah…Dari cari ikan ikut traktor, mancing ikan puyu kat sawah, main kombat senapang buatan sendiri dari papan lebih buat rumah sampai lah ke aktiviti terjun sungai dan tali air. Seronokkkk ooooo, bak kata p.ramlee bagai dunia ana yang punya..he2..apa pun tu suma dah berlalu dan lani pun aktiviti2 tu suma dah tak diminati oleh anak2 kampung macam aku. Mereka lebih suka pakai smart lepak dgn motor masing kat kepala jalan, ada yg suka ngadap PC main game kt CC sampai habih duit poket yg mak pak bg time pegi sekolah..ada yang suka main futsal la & mcm2 aktiviti terkini…Sbbtu bila satu hari aku nampak budak2 dok lepak kat area rumah aku, aku try create kan foto seakan2 aktiviti aku dulu dgn mengupah mereka melakonkan balik apa yg pernah aku buat dulu. Dan ini lah hasilnya walaupun tak se-natural seperti yang berlaku dulu2 tapi sekurang2nya ia menggamit nostalgia lama…

Jumpa lagi…

Memastikan Kelestarian Hari Esok

Salam, sebagai menyahut seruan majikan yg mahukan pengekalan kelestarian hari esok, maka aku sahut dgn caraku sendiri. Aku abadikan hasil fotografi ku sebagai batu loncatan bg menggapai impian tersebut. Jesteru aku merakam kegiatan dobby secara manual yang masih berkembang mekar & segar di Pulau Pinang sehingga kini. Pada aku ia menggambarkan sustainable yang masih hidup di muka bumi.

5706204626_c77587c925_b
sustainable:dobby in penang/2006 (karya lama)

Terima kasih, jumpa lagi…

Lokan Bertepuk + Tok Janggut

4070678340_1f8914d103_b

Lokan Bertepuk & Tok Janggut sebuah karya Senibayan yg diangkat ke pentas menggarap nilai2 murni seorang tokoh dalam bidang berasingan. Lokan Bertepuk mengajak penonton menilai sendiri kesungguhan & ketetapan hati seorg pencinta seni dgn berlokan ( melakonkan watak2 binatang utk menghiburkan orang). Mencari sesuap nasi menyara keluarga hingga berjaya ke tahap “menjadi manusia”. Lakonan mantap oleh Mamu menggamit airmata sesiapa yang menontonnya. Dipentaskan di Dewan Budaya USM bulan lepas mendapat sambutan hangat dari suma lapisan.

4070928738_f1572a314e_b

3814293302_bccfcc1a2d_b

4070950334_048898b94f_b

3814284420_9171190b28_b

3813474507_de91e94e2f_b

3813483679_1191a03448_b

Tok Janggut kembali – setelah berkelana di Kelantan & Pulau Pinang, Tok Janggut mengorak langkahnya menjelajah ke Kota Metropolitan Kuala Lumpur  dan Johor Bharu. Penjelajahan Tok Janggut mendapat sambutan menghangatkan. Rupa2nya org kota masih ingt Tok Janggut. Mengisahkan seorang tokoh terbilang dan pengorbanannya kepada agama, bangsa dan negara tercinta. Mengekalkan pelakon2 hebat tanah air ( Khalid Salleh) serta penampilan pelakon Sabri Yunus menguatkan lagi pementasan Tok Janggut kali ini.

Memetik kata2 pengarah & penulis skrip Tok Janggut,  “Kami relakan pemergianmu Tok Janggut dalam semadi yang tenang, damai dan tidak takut kerana kau berjaya melepasi soal jawab dan hisab melewati pekerjaan duniawi tentu akan berbangga Tok Ku Paloh, Tok Kenali dan Syeikh Ahmad Al-Fatani dalam doa semerbaklah harum kembang dan wangi kasturi bersandarlah kau di baldu Firdausi.”

Jumpa lagi…

Photo by
ZAMREESPHOTO
013-5227534

Mata Ikan vs Kedai Gambar

3918781510_c341b42107_b

Salam semua…jumpa lagi kali ni dgn entry baru yg kami nak ketengahkan. Ia berkaitan dgn teknologi maju masakini. Kalau ingat balik masa dulu2 terlibat dgn fotografi, rasa agak susah sangat nak hasilkan sesuatu gambar yg spt dilampirkan ni. Yelah, kalau nak buat gambar mcmtu kurang2 pun mesti guna lens “fish eye” @ mata ikan. Tetapi sekarang ni cukup senang apabila teknologi semakin laju ke depan, semua tektik dlm penghasilan gbr boleh dibuat dgn menggunakan “Photoshop” @ lebih syok kalo dipanggil “Kedai gambar”…hehe…Dari satu sudut mungkin sesetengah org akan cakap senang la ada photoshop, so hilanglah nilai2 fotografi yg asli. Tetapi dari sudut yg lain kalo kita lihat secara positif, kewujudan aplikasi mcmni sangat membantu kita. Namun sebagai ahli dalam fotografi, kita sendiri harus menilai sejauh @ sebanyak mana yg patut kita gunakan kemudahan teknologi2 selaras dgn kehendak semasa asalkan ia tidak lari dari landasan fotografi itu sendiri…

Terima kasih, jumpa lagi…